Abu Umamah r.a.
berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari
Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan
Al-Qur'an."
Telah bersabda
Rasulullah S.A.W :
Belajarlah kamu
akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana
di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang
pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata
orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"
Lalu Al-Qur'an
mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang
itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia
meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah
dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan
dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami
memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar